Pengalaman interview kerja (beware syarikat scam)







ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

interview keje aku bukan la banyak mana pon sebab aku ni bukan orang yang pointer gempak cam orang lain jadi interview pon tak banyak sangat pon ade la baru 5 kali..

orang baru habis belajar kan mesti cam excited je nak cari keje, so untuk interview aku yang pertama tu memang aku study gila-gila la konon google itu google ini hafal skrip.. hahahaha..adoi

alhamdulillah interview fist time tu santai je terus dapat keje..(aku yang berhenti sape suro kan)..second time tu agak mencabar sikit..soalan sume standard la soalan interview cuma at the end of the session dia test aku adakah aku boleh jual barang..dalam hati dah cuak dah.."alamak barang ape pulak kena jual ni mampos aku,dah la aku tak reti jual-jual sangat" 

Dia suro aku pilih barang, dia bagi 4 ke 5 barang camtu then try jual kat dia. Dia bagi macam situation la konon-konon dia customer, aku nak suggest barang ape camtu..aku ingat kan dia suro jual cam orang kat pasar malam terjerit-jerit ke memang la aku tak reti..hihihihi.. keje tu pon aku dapat..

interview yang ke-3 ni agak mengecewakan sebabnya kena speaking sikit..aku punya english communication agak cam haram sikit..hehe (bukan ape sebab tak selalu speaking kan so lupa camne nak translate kan ape maksud aku).. dan yang ketiga ni pon mencabar jugak dia suro tulis karangan pasal thing that i value in my life..aku pon belasah je la..aku karangan english ok je no hal..for me written is better than spoken  (yeke)..selain tu aku kena buat ada satu test lagi dia bagi aku masa 2 minit then kena cari number yang akan menghasilkan jumlah sepuluh contohnya 5+5 =10,  Aku kena bulatkan ape-ape nombor yang jumlah dia 10.. aku dapat berapa je sebab cam panik kan,.aku dah la lemah matematik suro pulak cari-cari nombor..aduyai..

aku tak dapat keje untuk yang interview ni sebab masa interview dia ade cakap aku tak banyak pengalaman fresh graduated kan, lagipon jawatan aku apply tu temporary so dia takut aku lari keje kat tempat lain..aku minat kot keje situ tempat cantik, ade surau senang nak sembahyang..international kolej  mesti la hebat-hebat..aku rase yang test nombor-nombor tu dia nak cek samada aku ni meticulous atau tidak..dia nak cari orang yang macam tu maybe aku tak lulus kot test tu..

interview yang ke-4 ni ok je sume. aku time tu confident lebih sikit kerana baru je lepas interview kat international kolej so kali ni aku lebih prepare. malangnya company tu rupanya company scam.. korang boleh refer kat blog-blog lain kat sini.. sejadahkelabu , syanida 

unfortunately aku dah terbagi salinan IC aku..aku harap tak ade ape2 yang terjadi.. memang orang yang call aku tu nama die baizura..aku siap dah pergi interview kot.. satu hari tu mereka telefon aku guna number lain so aku pon google la no tu ni no die 03-22614134 ..

tu yang aku baru jumpa orang-orang yang dah pernah keje situ then ape terjadi kan..rupa-rupanya scam..no die satu lagi 03-22614082..aku memang tak apply pon keje kat situ die cakap dapat dari jobstreet resume aku. masa tu  punya la excited (orang tengah menganggur kan).. patut la aku search kat intenet takda langsung maklumat pasal company die nama die P.I SERVICES.. so korang  HATI-HATI la..nama company die sering bertukar-tukar..so becareful ok sweetheart-sweetheart sume..

first masa aku mula dapat tahu tu memang aku terkejut gila la done-done pulak lepas aku dapat tau tu, terus syarikat tu call. aku pulak terus tak angkat. betul kata-kata orang-orang yang dah pernah kena, syarikat tu akan cari korang sampai lubang cacing (maksudnya dia akan telefon korang selagi korang tak angkt call dia).. siap telefon rumah tau..minggu kedua die call lagi kat handphone, aku baru je nak angkat dah senyap then tiba-tiba dengar telefon rumah aku berdering "ni mesti diaorang telefon" aku pon terus cakap kat mak aku "mama nanti cakap hanna dah dapat keje lain tau"..

memang betul pon syarikat scam tu yang telefon, selamat mak aku dah bagitau aku dah dapat keje lain..tipu la sikit nak selamatkan diri punya pasal..UNTUK SURVIVE KITA KENA PANDAI.

ari selasa semalam baru je interview untuk jawatan medical assistant.. punya la lama aku tunggu nak dekat 2 jam.. doktor tu busy kan so aku pon tunggu la.aku sampai awal dalam 11.40 sepatutnya interview pukol 12.30 tapi hmm maybe ramai sangat pesakit jadilah lama tambahan pula ada sales medical ni dok sibuk nak jumpa doktor tu nak promote barang/ubat ke kan..padahal aku lagi awal kot dari dieorang. sampai je time interview kau dah cuak, doktor tu senyum pon takde..muka serius gila.

then tanya2 cam biase aku suara cam tak nak keluar je siap die suro kuatkan sikit suara aku.. huhu..rupa-rupanya dia nak ambik kerja di cawangan bukit jelutong..jauh dari rumah aku..aku cuma bagitau nanti aku fikir lagipon gaji macam tak berbaloi je gaji rm1000 + elaun rm200.. aku rase tolak epf, socso nanti mesti tinggal rm900 camtu..aku sampai sekarang tengah fikir..huhu

jumaat ni ada interview tapi untuk jawatan temporary..the best part is syarikat tu dekat je dengan rumah aku..hmm kalaulah permanent kan senang..

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z